Dunia Cyber :
Segala-galanya banyak berubah katanya kan, sejak-sejak adanya ini semuanya menjadi dunia tanpa sempadan, tersangat mudah untuk tahu mengenai itu dan ini, tak kira apa-apa sekalipun semuanya tidak lagi tersekat...
Kita bebas mencari segala maklumat mahupun apa perkara yg berlaku kini semalam dan masa lampau, tidak lagi ibarat katak bawah tempurung, PLU dulu kini dan selamanya juga meniti hari-harinya,,, banyak ragam dapat dilihat, banyak benda yang boleh kita tahu, melalui ini jugak pelbagai perkara menjadi bualan dan bacaan.
Tidak hairanlah sekiranya ada yang menjadi cemuhan dan kutukan. Ada pihak yg tidak dapat menerima hakikat ini, namun hanya PLU sahaja yang tahu mengenai kehidupan mereka sendiri..
Masa makin berlalu, kita hari ini tidak dapat lari dari hakikat perubahan dan permodanan dunia yang berlaku ketika ini. Kebebasan diri untuk memilih jalan hidup terletak pada diri induvidu itu sendiri. Sedangkan kita juga menghadapi pelbagai tekanan dan situasi yg meruncing serta membawa kita ke arah kekalutan.
Walau bagaimanapun, kita juga manusia yang menginginkan kebahagiaan. Ada diantara kita tidak ingin menjadi seperti ini, namun apakah daya, Nafsu adalah segalanya yg menjadi keinginan serta sentiasa bergolak di dalam naluri seseorang yang bergelar lelaki.
Sejurus dengan itu, ramai yang mengambil peluang menjadikan kecanggihan dunia hari ini sebagai platform bagi meluahkan segalanya, hatta itu semua ini tidak lagi menjadi perkara yg terpendam.
Kita lelaki, ada yang beranggapan hanya lelaki juga mampu memahami hati dan kehendak lelaki lain, selalunya berhubungan kait dengan perasaan dan menyayangi antara satu sama lain dan kita juga tidak sesekali menyalahi kaum wanita, ini adalah kerana naluri.
Sejarah hidup sesorang itu sering menjadi igauan..semakin hari semakin menyakitkan, pada siapa nak disalahkan..?
"kau lelaki, aku juga lelaki...aku ingin menyayangi dan disayangi..."
Nafsu bergelora dalam sentuhan mu..belaian mu..kasih sayangmu (lelaki)
Tidak hairanlah kehidupan hari ini banyak memberi makna yg tersendiri..
hanya kita yang memahami kita (LELAKI)
jalan ini yang kita pilih, jadi haruslah berani berdepan dengan masalah.
kiriman : chatterz (no nick) yang diemailkan kepada 4plus@malaysia.com
[Editor]
Tuesday, June 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment